Sabtu, 05 Februari 2011

BERIBU-RIBU ANAK MELAYU TIDAK BERPELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KE UITM

Akibat seorang yang berhutang habis seluruh keluarga tidak berpeluang melanjutkan pelajaran.UITM adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi yang menampung anak-anak Melayu untuk mendapat pelajaran pada peringkat yang tertinggi.Pelajaran amat penting sekali dalam menjana kehidupan yang lebih baik serta jalan menjana pendapatan tinggi sebagaimana yang diwar-warkan oleh perdana menteri 1 Malaysia.Malangnya telah tercemar malah terhakis akibat kerakusan kerajaan 1 Malaysia untuk menagih dan menuntut wang pinjaman dari peminjam dengan mengenakan tekanan dan hukuman yang mendatangkan kehancuran umat Melayu dalam masa yang terdekat.
   Baru-baru ini  seorang sahabat saya memberitahu saya bahawasanya dia baru menerima surat dari kerajaan yang menyatakan anak-anaknya dinafikan atau dengan kata mudah diharamkan memasuki dan belajar di UITM kerana adiknya yang dia jamin bagi pinjaman MARA tidak membayar pinjaman tersebut.Dan dia sendiri diharamkan untuk mendapat pinjaman MARA dan juga anak-anaknya juga tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran ke MRSM dan segala apa yang berhubung dengan MARA,termasuklah gerai MARA.Begitu juga seorang lagi adik beradiknya yang menjadi pinjamin kedua kepada anaknya yang meminjam MARA untuk melanjutkan pelajaran.Kedua-dua beradik yang menjadi penjamin kepada adik mereka itu mempunyai anak sembilan orang masing-masing.Ini menjadi seramai 18 orang tidak berpeluanag melanjutkan pelajaran baik ke MRSM mahupun UITM.Bukankah peluang melanjutkan pelajaran merupakan hak setiap rakyat dan pembiayaan pelajaran pula adalah tanggung jawab kerajaan yang memerintah.
   Di luar sana ada berapa ramai penjamin seperti ini yang mendapat surat beracun ini,hampir puluhan ribu malah ratusan ribu umat Melayu yang terjebak dan terlibat.Kenapa tidak hanya hukuman ini dikenakan kepada peminjam saja,Kenapa perlu menganiaya anak-anak penjamin dengan kata lain,kenapa hendak membunuh dan menghancurkan orang Melayu dengan menutup dan menghancurkan hidup dan rezeki mereka.
Ingatlah pemimpin politik Melayu,apakah cukup dan mampan pemerintahan tuan-tuan hanya ditunjangi dua kerat orang Melayu yang berpelajaran saja sedangkan kaun bukan Melayu yang berpelajaran tinggi ratusan ribu malah jutaan orang disekeliling anda.Adakah anda kekal menjadi pemimpin politik yang berkarisma dan berwibawa jika hal keadaan begini berlaku.
   Bagi pemimpin-pemimpin politik Melayu yang beranai berjuanag di mana perjuangan bangsa anda,bagi pertubuhan NGO Melayu berjuanglah dalam hal-hal sedemikian agar tidak menyesal dikemudian hari.Dan bagi PEKASA buangkan kepentingan diri,Tunjukkan taring anda yang hebat itu agar perjuangan dapat dihargai.